Wednesday, March 11, 2009

Program Pagi


PSS SKT sentiasa merancang aktiviti yang bermanafaat kepada para pelajar khasnya.Selain dari Program NILAM , PSS SKT juga telah bergabung bersama Panitia untuk merancang aktiviti untuk menarik pelajar SK Tampin.

Program utama PSS SKT bersama panitia-panitia ialah Program Pagi. Dimana pada setiap pagi ,pelajar akan berkumpul dilapang atur untuk menjalankan aktiviti bersama guru terlibat. Aktiviti dibahagikan mengikut hari dan panitia.

Diantara aktiviti yang sentiasa dinantikan oleh pelajar ialah pada setiap Pagi Rabu kerana pelajar akan bersenamrobik bersama guru.Program bertujuan untuk menjaga kesihatan dan lanjutan dari program Trim & Fit bersama Kementerian Kesihatan.

Bermulanya disini..Prasekolah


Prasekolah SK Tampin merupakan kelas pendidikan awal kanak-kanak.Disini pelajar diajar dengan penuh sabar bagaimana mengurus diri hinggalah proses P & P.Kebanyakan pelajar merupakan anak-anak yang baru mengenal alam persekolahan dan kawan-kawan. Mereka telah diajar dan diasuh oleh Cikgu Liza Husman bersama pembantunya Puan Hazariah Hashim.

Diantara aktiviti yang dijalankan ialah majlis sambutan hari lahir, lawatan, program bersama Klinik Gigi, Karnival Prasekolah , Majlis Anugerah Cemerlang dan sebagainya.

Tuesday, March 10, 2009

SK Tampin & Street Smart Petronas


Pertandingan Sketsa anjuran Pertonas yang julung-julung kali disertai oleh SKT telah membuahkan hasil apabila berjaya menjadi johan didalam pertandingan tersebut. Dengan kejayaan ini ,SK Tampin berjaya membawa pulang cek bernilai RM 1000 , sijil berserta hadiah iringan kepada semua para peserta. SK Tampin telah mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang diadakan pada bulan November 2008 yang lalu dan berjaya mendapat tempat ketiga .


NILAM SK Tampin


Program NILAM bagi sessi 2009 telah dilancarkan oleh Guru Besar SK

Tampin pada yang lalu. Program NILAM merupakan program membaca bagi warga SK

Tampin

Majlis sambutan Maulidur Rasul SK Tampin telah memulakan

tirainya awal Februari yang lalu. Aktiviti tahunan ini telah

dimulakan lebih awal dan telah dirancang dengan

pelbagai aktiviti menarik. Diantaranya ialah perarakan , pertandingan

kuiz , kuiz bertulis ,ceramah , pertandingan nasyid antara badan beruniform

dan pertandingan khat jawi. Semua aktiviti yang dijalankan telah mendapat

sambutan yang menggalakan dari para pelajar..

Project Based Learning ( PBL )




PROJECT-BASED LEARNING ( PBL ) ataupun Pembelajaran Berasaskan Projek adalah satu proses pembelajaran yang berfokus kepada tugasan amali secara terancang dan juga bersistematik. Ianya merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang diperkenalkan kepada para guru dan pelajar Sekolah di mana model bagi aktiviti P & P yang dijalankan adalah berlainan dan teknik yang di amalkan sekarang ini. Teknik pembelajaran PBL lebih tertumpu kepada pelajar dan memerlukan jangka masa tertentu untuk disiapkan,merentasi kurikulum dan juga kemahiran. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang sahih dan betul.

Antara ciri-ciri teknik PBL yang menarik ialah ianya memerlukan para pelajar berinteraksi dengan amalan dunia sebenar mereka di mana ia memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam melalui pelbagai proses pencarian, penjelajahan, pemprosesan maklumat dan data melalui pertimbangan, interpretasi dan juga sintesis, menyediakan pelaporan hasil serta membuat refleksi kendiri. Ini adalah merupakan ilmu pengetahuan sebenar yang telah dipelajari oleh mereka.

SK Tampin merupakan salah sebuah sekolah perintis bagi program yang telah dimulakan pada tahun 2008.Memilih tajuk Flora dan Fauna bagi subjek Kajian Tempatan , SK Tampin telah berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan peringkat negeri yang lalu .SK Tampin juga berjaya mendapat hadiah sebagai pembentang terbaik melalui Adik Anis Amira.


Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tampin lebih merupakan satu punca

pergerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan.Oleh itu penubuhannya serta

pengurusan melibatkan kerjasama semua pihak yang berkaitan dengan

sekolah.

Pusat Sumber Sekolah juga adalah nadi dalam perkembangan kurikulum

dan korikulum di sekolah.Di sinilah tempat untuk mengumpul ,membina,

memproses dan mengedarkan bahan- bahan cetak dan bahan bukan

bercetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan.Ia memberi

perkidmatan yang memudahkan penggunaan atau bahan dengan

perancangan yang sistematik.