Tuesday, March 10, 2009

Project Based Learning ( PBL )




PROJECT-BASED LEARNING ( PBL ) ataupun Pembelajaran Berasaskan Projek adalah satu proses pembelajaran yang berfokus kepada tugasan amali secara terancang dan juga bersistematik. Ianya merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang diperkenalkan kepada para guru dan pelajar Sekolah di mana model bagi aktiviti P & P yang dijalankan adalah berlainan dan teknik yang di amalkan sekarang ini. Teknik pembelajaran PBL lebih tertumpu kepada pelajar dan memerlukan jangka masa tertentu untuk disiapkan,merentasi kurikulum dan juga kemahiran. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang sahih dan betul.

Antara ciri-ciri teknik PBL yang menarik ialah ianya memerlukan para pelajar berinteraksi dengan amalan dunia sebenar mereka di mana ia memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam melalui pelbagai proses pencarian, penjelajahan, pemprosesan maklumat dan data melalui pertimbangan, interpretasi dan juga sintesis, menyediakan pelaporan hasil serta membuat refleksi kendiri. Ini adalah merupakan ilmu pengetahuan sebenar yang telah dipelajari oleh mereka.

SK Tampin merupakan salah sebuah sekolah perintis bagi program yang telah dimulakan pada tahun 2008.Memilih tajuk Flora dan Fauna bagi subjek Kajian Tempatan , SK Tampin telah berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan peringkat negeri yang lalu .SK Tampin juga berjaya mendapat hadiah sebagai pembentang terbaik melalui Adik Anis Amira.

No comments:

Post a Comment